Tuesday, July 10, 2012

syiah licik

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

TERJEMAHAN

Syi’ah: Kitab-Kitab Suci Yang Lain Selain Al-Quran

Daripada Abi Bashir katanya, aku masuk menemui Abi Abdillah (Jaa’far as-Sadiq) a.s. lalu aku berkata kepadanya: “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu! Sesungguhnya aku ingin bertanya kepadamu satu masalah, adakah di sini ada seseorang yang mendengar kata-kataku? Dia (Abu Bashir) berkata lagi: “Lalu Abu Abdillah a.s. mengangkat di antaranya dengan rumah yang lain lalu dia memerhati ke arahnya”. Kemudian dia berkata: “Wahai Aba Muhammad, tanyalah apa yang terlintas padamu”. Aku pun berkata: “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu! Sesungguhnya Syi’ahmu membicarakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada Ali a.s. satu bab (ilmu) yang terbuka untuknya daripada bab itu seribu bab? Maka dia (Abu Abdullah) a.s. berkata: “Wahai Aba Muhammad! Rasulullah s.a.w. mengajarkan Ali a.s. seribu bab yang terbuka daripada setiap bab seribu bab”. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Ini demi Allah adalah sebenar-benar ilmu”. Perawi (Abu Bashir) berkata: “Lalu dia (Abu Abdullah) a.s. menggores-gores seketika tanah kemudian berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Perawi (Abu Bashir) berkata, kemudian dia (Abu Abdullah) a.s. berkata: “Wahai Aba Muhammad (Abu Basir)! Sesungguhnya kami mempunyai al-Jamiah, adakah mereka mengetahui apakah itu al-Jami'ah? Abu Basir berkata, “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu! Apakah itu al-Jamiah? Abu Abdillah a.s. menjawab: “Ia adalah satu sahifah yang panjangnya tujuh puluh hasta Rasulullah s.a.w.. Ia menyampaikannya dari mulutnya dan Ali a.s. menulisnya. Di dalamnya terdapat setiap perkara halal dan haram dan setiap perkara yg diperlukan oleh manusia sehinggalah diyat luka kerana mengoyakkan kulit dan ia memukul tangannya kepadaku sambil berkata: “Adakah engkau memberi izin kepadaku wahai Aba Muhammad? Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Aku jadikan diriku sebagai tebusan kepadamu, sesungguhnya aku adalah untukmu maka buatlah apa yang engkau kehendaki. Perawi (Abu Bashir) berkata, “Lalu dia meramas aku dengan tanggannya dan berkata: “Sehingga diyat sebegini (dia melakukan seolah-olah marah) Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Kemudian ia (Abu Abdillah) diam seketika lalu berkata: “Sesungguhnya di sisi kami ada al-Jufr, apakah mereka tahu apa itu al-Jufr? Abu Basir berkata, aku berkata: “Apakah itu al-Jufr? Abu Abdillah a.s. menjawab: “Satu bekas dari kulit di dalamnya ilmu nabi-nabi dan para wasi, ilmu ulama yang lalu dari kalangan Bani Israil. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.

Kemudian ia (Abu Abdillah) diam seketika lalu berkata: “Sesungguhnya di sisi kami ada Mushaf Fatimah, apakah mereka tahu apa itu Mushaf Fatimah? Abu Basir berkata, aku berkata: “Apakah itu Mushaf Fatimah? Abu Abdillah a.s. menjawab: “Satu mushaf yang di dalamnya tiga kali ganda quran kamu ini. Demi Allah tidak terdapat di dalamnya daripada quran kamu walaupun satu huruf”. Perawi (Abu Bashir) berkata, aku berkata: “Sesungguhnya inilah sebenar-benar ilmu dan tiada yang sepertinya”.


Kesimpulan:

> Syi’ah mempunyai kitab-kitab suci seperti al-Jamiah, al-Jufr dan Mushaf Fatimah dan ia bukanlah al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam kini.

> Salah satu kitab suci Syi’ah iaitu Mushaf Fatimah merupakan satu kitab yang langsung tidak mempunyai hubungan dengan al-Quran termasuklah dari segi bahasa kerana tidak terdapat di dalamnya walaupun satu huruf al-Quran. Ini menunjukkan bahawa huruf yang terdapat di dalamnya bukanlah huruf Arab.
 — at Where was this photo taken?

No comments:

Post a Comment