Tuesday, July 10, 2012

Syi’ah: Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

Terjemahan

Syi’ah: Tiada Perbezaan Sembahyang Ahlus Sunnah Dengan Perzinaannya

Daripada Hannan daripada Abi Abdillah a.s. katanya: “Tidak memberi apa-apa erti (sama sahaja) seorang Nasibi[1] itu sama ada ia bersembahyang atau berzina[2]. Ayat ini turun berkenaan mereka:
عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ (*) تَصْلَى نَارًا حَامِيَةً

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, (*) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar)[3].[4]

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 160,161)

Kesimpulan:

> Syi’ah mengatakan amalan Ahl as-Sunnah tidak memberikan sebarang erti kerana meninggalkan keimanan kepada imam-imam dua belas sebagaimana pegangan mereka.

> Syi’ah telah melakukan penghinaan terhadap Ahl as-Sunnah kerana menyamakan amalan Ahl as-Sunnah yang baik dan dimuliakan oleh Allah iaitu sembahyang dengan amalan yang keji dan dimurkai Allah iaitu zina.

> Syi’ah mengatakan amalan Ahl as-Sunnah sama seperti amalan orang kafir yang lain iaitu amalan mereka biar sebesar mana dan sebanyak manapun, ia menjadi sia-sia sahaja di hadapan Allah ta’ala di hari akhirat kelak.


==================================================

[1] Nasibi ialah gelaran yang diberikan oleh Syi’ah kepada orang yang tidak beriman kepada imam-imam Ahl al-Bait sebagaimana pegangan mereka. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah.

[2] Dalam nota kaki yang dibuat oleh ‘Ali Akbar al-Ghifari penta’liq kepada kitab al-Kafi beliau mengatakan: “Ia adalah balasan yang sesuai dengan amalannya kerana kecuaiannya terhadap sebesar-besar syarat (penerimaan amalan seseorang-penterjemah berdasarkan riwayat rukun Islam di sisi Syi’ah) iaitu al-Walayah. Maka amalannya itu sama seperti orang yang sembahyang tetapi tidak berwudhu’”.

[3] Surah al-Ghasyiah ayat 3 dan 4.

[4] ‘Ali Akbar al-Ghifari mengatakan dalam nota kaki: “Zohirnya Imam Ja’far as-Sadiq maksudkan dengan an-Nasibah dalam ayat ini ialah orang yang menyatakan permusuhan Ahl al-Bait a.s.. Boleh jadi juga Imam a.s. maksudkan dengan makna keletihan iaitu mereka keletihan melakukan amalan-amalan yang rumit dalam keadaan ia tidak memberikan sebarang manfaat kepadanya”.
 

No comments:

Post a Comment