Tuesday, July 10, 2012

Agama Syi’ah: Sahabat-Sahabat Merupakan Penyeleweng Al-Quran.

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

TERJEMAHAN

Agama Syi’ah: Sahabat-Sahabat Merupakan Penyeleweng Al-Quran.


(Penghujahan Imam ‘Ali berkenaan ayat-ayat mutasyabihat):

Sesungguhnya kinayah di dalam al-Quran kepada nama-nama munafik yang melakukan kesalahan-kesalahan yang besar bukanlah daripada perbuatan Allah ta’ala. Ia adalah perbuatan orang-orang yang mengubah dan menukar ganti (isi kandungan al-Quran) iaitu orang-orang yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain) dan menukar ganti dunia dengan agama. Sesungguhnya Allah ta’ala telah menerangkan kisah orang-orang yang mengubah (kitab Allah) dengan firman-Nya:

الَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً

Orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu.[1]

Dan dengan firman-Nya:
وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya)[2]

Dan firman-Nya:

إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لاَ يَرْضَى مِنَ الْقَوْلِ

Ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah[3]

(Pengubahan kitab berlaku) selepas kewafatan rasul yang menguatkan hujjah kebatilan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasara selepas kewafatan Nabi Musa dan Nabi ‘Isa iaitu penyelewengan terhadap kitab Taurat dan Injil dan pengubahan kalam daripada tempat-tempatnya.

Dan dengan firman-Nya:

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Iaitu mereka (sahabat-sahabat) memasukkan ke dalam kitab sesuatu yang tidak dikatakan oleh Allah untuk mengelirukan manusia lalu Allah membutakan hati-hati mereka sehingga mereka meninggalkan di dalamnya (al-Quran) sesuatu yang menunjukkan perbuatan yang telah mereka lakukan kepadanya dan menerangkan tipu daya mereka, menimbulkan kekeliruan dan menyembunyikan apa yang mereka lakukan terhadapnya (al-Quran). Kerana itulah Allah berfirman kepada mereka:

لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ

Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan[4]

Kesimpulan:

Golongan Syi’ah mengatakan bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang dianggap sebagai golongan munafik telah membuang nama-nama mereka yang disebutkan oleh Allah sebagai orang-orang yang melakukan kejahatan dan dosa-dosa besar daripada al-Quran.

Allah telah membutakan hati-hati sahabat sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka telah memasukkan sesuatu ke dalam al-Quran yang merupakan petunjuk yang mengisyaratkan kepada kejahatan yang dilakukan mereka dan ianya bukanlah daripada Allah.



========================================================

[1] Al-Baqarah ayat 79.

[2] Ali ‘Imran ayat 78

[3] An-Nisa’ ayat 108

[4] Ali ‘Imran ayat 71
 —

No comments:

Post a Comment