Terjemahan
Syi’ah: Ahl as-Sunnah Adalah Anak Zina
Daripada Abi Hamzah daripada Abi Ja’far a.s. katanya (Abu Hamzah): aku berkata kepadanya (Abu Ja’far): “Sesungguhnya pengikut-pengikut kita menghina dan menuduh orang yang menyalahi mereka”. Imam Abu Ja’far berkata kepadaku: “Menahan diri daripada mereka adalah lebih baik”[1]. Kemudian dia berkata lagi kepadaku: “Demi Allah, wahai Abu Hamzah! Sesungguhnya semua manusia adalah anak zina kecuali Syi’ah kita”.
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 285)
Kesimpulan:
# Syi’ah menganggap semua manusia kecuali Syi’ah adalah anak zina. Ahl as-Sunnah juga termasuk dalam golongan tersebut.[2]
# Syi’ah meriwayatkan bahawa imam mereka Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) mengatakan bertaqiyyah (nifak dan berbohong) dengan Ahl as-Sunnah adalah lebih baik daripada menyatakan pegangan sebenar iaitu permusuhan dengan Ahl as-Sunnah.
==========================
[1] Menuduh orang yang menyalahi Syi’ah (Ahl as-Sunnah) dengan zina atau anak zina. Imam Abu Ja’far a.s. menjawab bahawa tidak sepatutnya mereka (Syi’ah) meninggalkan taqiyyah (iaitu dengan menyatakan dengan jelas permusuhan mereka dengan Ahl as-Sunnah). (Dipetik dari nota kaki kitab ar-Raudhah min al-Kafi oleh Ali Akbar al-Ghifari)
[2] Dalam riwayat yang lain menyebutkan antara sebabnya ialah kerana tidak beriman dengan imamah dan walayah di sisi Syi’ah.
No comments:
Post a Comment