Tuesday, July 10, 2012

Syi’ah: Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari Yahudi, Nasrani Dan Musyrik

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

Terjemahan

Syi’ah: Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari Yahudi, Nasrani Dan Musyrik

Dengan sanad ini daripada Muhammad bin Ya’kub daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin Ahmad bin Yahya daripada Ayyub bin Nuh daripada al-Wasya daripada orang yang menyebutkannya daripada Abi ‘Abdillah (Ja’far as-Sadiq) a.s. bahawa beliau tidak suka sisa jilatan anak zina, Yahudi, Nasrani, Musyrik dan setiap orang yang menyalahi Islam. Lebih dibenci ialah sisa jilatan Nasibi[1].

(Rujukan: Syeikh at-Thaaifah Abi Ja’far at-Thusi Tahzib al-Ahkam jil. 1 hal. 223)

Kesimpulan:

* Syi’ah membenci Ahlus Sunnah lebih daripada Yahudi, Nasrani dan Musyrik.

* Kesan atau bekas yang ditinggalkan oleh Ahlus Sunnah lebih hina daripada kesan atau bekas yang ditinggalkan oleh Yahudi, Nasrani dan Musyrik.

[1] Nasibi ialah gelaran kepada Ahlus Sunnah yang digunakan oleh Syi’ah. Ini dibuktikan sendiri oleh al-Kulaini ketika beliau meriwayatkan bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menggelarkan Nasibi kepada Imam Abu Hanifah yang merupakan salah seorang imam Ahlus Sunnah (ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 292).
 

No comments:

Post a Comment