PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!
Terjemahan
Syi’ah: Al-Quran Sebenar Berada Di Tangan Imam Mahdi.
Daripada Salim bin Salamah katanya: “Ada seorang membaca al-Quran kepada Abi Abdillah a.s. dan aku mendengar dengan teliti beberapa ayat al-Quran bukan sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai, lalu Abu Abdillah a.s. berkata: “Berhentilah daripada bacaan sebegini, bacalah sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit al-Qaim (Imam Mahdi), bilamana al-Qaim a.s. bangkit dia akan membaca kitab Allah 'azzawajalla yang sebenar dan dia akan mengeluarkan mushaf yang ditulis oleh Ali a.s.. Abu Abdillah a.s. berkata lagi: “Ali a.s. telah mengeluarkan al-Quran tersebut kepada orang ramai (sahabat-sahabat) setelah dia selesai daripada menghimpunkan dan menulisnya lalu dia berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab Allah 'azzawajalla sebagaimana yang diturunkan-Nya kepada Muhammad s.a.w. dan aku telah menghimpunnya daripada dua lauh”. Maka mereka (sahabat-sahabat) berkata: “Ini di sisi kami telahpun ada mushaf yang terhimpun di dalamnya al-Quran, kami tidak lagi berhajat kepadanya”. Lalu dia (Ali a.s.) berkata: “Ketahuilah demi Allah! Kamu tidak akan dapat melihatnya selama-lamanya selepas hari ini, kewajipan atasku hanyalah menceritakan kepada kamu setelah aku menghimpunkannya supaya kamu membacanya”.
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 633)
Kesimpulan:
Syi’ah beri’tiqad bahawa al-Quran yang ada di tangan umat Islam sekarang tidak asli kerana yang asli berada di tangan Imam al-Mahdi.
Syi’ah mengatakan Imam Mahdi mereka (Muhammad bin al-Hasan al-Askari) akan mengeluarkan al-Quran yang sebenarnya ketika kemunculannya di akhir zaman.
Syi’ah mengatakan bahawa imam mereka menyuruh supaya membaca al-Quran yang terdapat di tangan umat Islam sekarang sehingga kemunculan Imam Mahdi.
Syi’ah mengatakan golongan sahabat enggan menerima al-Quran yang asli yang dikemukakan oleh Sayyidina Ali r.a. kepada mereka.

No comments:
Post a Comment