Wednesday, July 25, 2012

Bantah pemimpin zalim

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 etnik Rohingya melaungkan bantahan, membakar serta memijak poster pemimpin Myanmar, Thein Sien yang dianggap zalim sehingga ratusan ribu etnik mereka dibunuh dengan kejam selain harta benda musnah.

Malah, mereka yang juga pelarian dan menetap di sini mendakwa turut merasa penderitaan dialami keluarga, saudara-mara Islam di bumi sendiri apabila hampir setiap hari keluarga mereka dibunuh, tidak diberi makanan, manakala Bangladesh pula menutup pintu.


Selepas dinafikan hak kewarganegaraan Myanmar dan beragama Islam, orang Islam Rohingya di Arakan terus menjadi mangsa etnik Rakhine yang bermaharajalela menyerang dan membunuh, selain mayat mereka dihanyutkan sebagai makanan anjing.

Berikutan kekejaman itu, pelarian Rohingya semalam hadir menyerahkan memorandum di Wisma Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Damansara, di sini, sebagai membantah kekejaman pemimpin Myanmar dan mendesak negara itu memberi laluan bantuan kemanusiaan di Arakan.


Memorandum diserahkan Ketua Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid bertepatan Hari Solidariti Antarabangsa Sedunia untuk Rohingya yang disambut lebih 15 negara semalam.

No comments:

Post a Comment