Wednesday, July 25, 2012

Pembunuhan beramai-ramai, 220 syahid di Treimsa, Syria




Seramai 220 maut kebanyakan orang awam terbunuh di Kampung Treimsa, tengah Syria apabila beberapa helikopter dan kereta kebal serta sekumpulan lelaki bersenjata Shabiha membuat menggila dan membunuh sejumlah keluarga, menurut sumber kumpulan pejuang mujahideen semalam.

Ketua Pemantau Syria Untuk Hak Asasi yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad, Rami Abdel Rahman menyatakan tentera pemerintah dan askar-askar separa tentera membunuh penduduk awam yang tidak berdosa di kampung tersebut.

Pasukan misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam laporannya bahawa serangan di kampung kejam dan ganas tersebut merupakan operasi Tentera Udara Arab Syria.

Kampung itu terletak dalam wilayah Hama.

Seorang aktivis Rangkaian Berita Sham milik rejim Assad menyatakan kebanyakan yang terbunuh itu ialah anggota mujahideen dalam serangan yang berlaku kelmarin.

Sementara itu, White House semalam menyatakan ‘kekejaman’ di Syria oleh tentera rejim Bashar itu sepatutnya menghapuskan sebarang keraguan tentang perlunya satu tindak balas segera antarabangsa.

Jurucakap White House, Josh Earnest memberitahu para pemberita dalam pesawat Air Force One bahawa keganasan yang dilakukan berulang kali itu terhadap penduduk awam menunjukkan rejim Bashar kehilangan kelayakan untuk mengetuai rakyat Syria.

Di Geneva, Switzerland, Utusan Khas Keamanan PBB dan Liga Arab, Kofi Annan turut mengutuk pemerintah Syria ekoran kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.

Annan mendakwa pemerintah sengaja Syria melanggar rancangan pelan damainya ekoran kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment