Wednesday, July 25, 2012

TENTERA SYRIA BEBAS: KEPALA BASYAR MATLAMAT KAMI



Islammemo.cc: Pemimpin tertinggi "Tentera Syria Bebas", Riyadh Al-As'ad (gambar) berkata, percubaan negara Russia yang mahu menyelamatkan nyawa kerajaan Basyar Al-Asad atau menghalang cubaan bunuhnya ternyata gagal sama sekali setelah kumpulan revolusi menjadikan kepala Basyar sebagai sasaran dan matlamat utama. 

Al-As'ad bersyukur kebelakangan ini banyak kejayaan yang dicatatkan oleh Tentera Bebas Syria dalam berhadapan kekuatan tentera dan polis rejim termasuk berjaya mengebom kereta kebal milik rejim. Paling tidak disangka, berjaya membunuh empat pemimpin tertinggi rejim dalam satu letupan bom di Bangunan Keselamatan Kebangsaan, Rabu lalu. 

Selain mencederakan beberapa kenamaan yang rapat dengan Basyar, pihaknya berjaya membunuh Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga adik ipar Basyar, bekas Menteri Pertahanan dan semalam, Ketua Perisikan rejim juga meninggal dunia akibat kecederaan yang dihadapi. 

Dalam satu kenyataan kepada akhbar Saudi "Al-Watan", Al-As'ad berkata, "Pasukan Tentera Bebas Syria sekarang berusaha menawan beberapa bangunan kerajaan seperti Bangunan Jemaah Menteri dan bangunan keselamatan dan tentera dalam operasi yang dirancang." 

No comments:

Post a Comment