Friday, September 21, 2012

Iraq nafi benarkan Iran guna ruang angkasa




         
BAGHDAD: Iraq semalam menyangkal laporan perisikan Barat bahawa pesawat Iran menggunakan ruang angkasanya untuk menghantar senjata dan pegawai tentera ke Syria bagi membantu Presiden Bashar al-Assad.

Menurut dakwaan itu yang disiarkan Reuters kelmarin, penghantaran senjata berkenaan dilakukan oleh Pengawal Revolusi Islam Iran. “Iraq mengesahkan ia tidak akan terbabit atau membantu sebarang penghantaran senjata ke Syria menerusi ruang angkasa atau jalan daratnya,” kata jurucakap kerajaan, Ali al-Dabbagh. - Reuters.

No comments:

Post a Comment