Kisah: `Engkau belum tentu sempat solat yang akan datang’ | Hishamuddin Abdul Aziz: "Diriwayatkan bahawa Ma’ruf al-Karkhi (r.a) mengerjakan solat. Muhammad bin Abi Taubah bercerita: “Lalu Ma’ruf al-Karkhi, berkata kepadaku: “Kehadapanlah engkau dan jadi imam solat.”
Lalu aku menjawab: “Jika aku solat dengan engkau solat ini, maka aku tidak solat dengan engkau akan solat yang lain.”
Maka Ma’ruf menjawab: “Engkau mengatakan kepada kepada diri engkau bahawa engkau akan menunaikan solat yang lain? Kami berlindung dengan Allah dari panjang angan-angan. Sesungguhnya panjang angan-angan itu, mencegah dari amal soleh.”
Iktibar dari kisah/ riwayat:-
Bila kita hendak menunaikan satu solat maka jangan berfikir bahawa umur kita akan sempat sampai kepada solat yang berikutnya.
Incoming search terms:
haruskah kita menolong orang lain sekiranya kita sendiri dlm kesusahan"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment