Di sekolah dulu, dalam program usrah, ada satu kisah yang diceritakan oleh Naqib usrah kami.
Kisah ‘Hard to kill’.
Ringkasnya adalah tentang seorang raja yang zalim menghadapi kesukaran untuk membunuh seorang anak muda yang berani menentangnya.
Setiap kali, satu kaedah tertentu digunakan untuk membunuhnya, anak muda ini berdoa dengan sekira-kira bermaksud: “Ya Allah, Kau selamatkanlah aku den
gan cara yang Kau kehendakki.”Dipendekkan cerita lagi, tiga kali dan tiga cara berbeza sang raja cuba membunuhnya tetapi gagal berkat doa yang dibacakan.Akhirnya, anak muda itu mengajar si raja cara untuk membunuhnya; iaitulah memanahnya dengan anak panah miliknya sendiri dan sebelum anak panah itu dilepaskan dari busurnya, dibacakan: “Dengan nama Tuhan budak ini”; dan semuanya ini mesti disaksikan oleh seluruh rakyat. Demikianlah syaratnya.
Selepas dilakukan, matilah anak muda itu akhirnya.
Rakyat yang melihat peristiwa ini, akhirnya dapat melihat kezaliman sang raja dan kebenaran perjuangan yang didokong oleh anak muda ini.
Mereka akhirnya bangun menentang raja zalim yang selama ini tiada sesiapa pun yang berani menentangnya.
…….
…….
1. Jangan pernah takut berdepan dengan musuh walau sekuat mana mereka pun, jika kita berada di atas landsan perjuangan yang benar.
2. Jangan pernah ragu dengan pertolongan Allah, namun harus bersabar untuk menunggu masa dan ketikanya.
3. Janga putus berdoa.
4. Tak mengapa; difitnah, dicaci, dibelasah, dipancut ‘water canon’, dikencingi, jika semuanya itu adalah dalam kerangka usaha menempa kemenangan yang kononnya mustahil.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment