Friday, September 21, 2012

Zuckerberg rugi RM25b

LOS ANGELES: Mark Zuckerberg kerugian hampir separuh daripada kekayaannya yang berjumlah �11 bilion (RM55 bilion) apabila Facebook disenaraikan di pasaran saham.
Pengasas rangkaian sosial itu menyaksikan �4.9 bilion (RM25 bilion) harta milik peribadinya lenyap sepanjang tempoh 12 bulan lalu.
Majalah Forbes yang mengumpulkan aset bilionair paling kaya Amerika Syarikat berkata, Zuckerberg berdepan dengan jalan yang rumit sejak saham Facebook diditawar kepada orang ramai Mei lalu.

Harga saham itu jatuh kepada hampir separuh kepada hanya �12 (RM60) sesaham.

Pada masa sama, Facebook juga berdepan dengan pelbagai tindakan undang-undang dan perbuatan tuduh menuduh yang dijangka berlarutan selama beberapa tahun akan datang.
Menurut Senarai Warga Amerika Paling Kaya 2012 yang dikeluarkan Forbes, Zuckerberg mengalami kerugian paling besar berbanding orang lain, menyebabkan kedudukannya merosot dari tangga ke-14 kepada 36.

Dalam analisisnya, Forbes berkata, Facebook mencatatkan pencapaian yang teruk dan ia melaporkan kerugian bersih sebanyak �96 juta (RM480 juta) pada Julai, hingga mendorong kejatuhan harga sahamnya kepada tahap lebih rendah.

Bagaimanapun, ia berkata, kekayaan peribadi Zuckerberg masih ‘menakjubkan’ dan dia kekal komited kepada syarikat.

“Kemerosotan itu tidak akan banyak mengubah gaya hidup CEO itu.

“Apa yang kurang jelas ialah sama ada eksekutif muda itu boleh mengemudi dan menjadikan Facebook sebuah syarikat awam yang berjaya,” kata Forbes. - DM 

No comments:

Post a Comment