Friday, September 21, 2012

Perjanjian damai terancam jika Israel serang Iran




         
BAITULMAQDIS: Pegawai Amerika Syarikat (AS) semalam memberi amaran, tindakan Israel menyerang Iran akan mendorong Mesir dan Jordan membatalkan perjanjian damai dengan rejim Zionis itu.

Akhbar Israel, Yediot Aharonot memetik seorang pegawai kanan rejim itu sebagai berkata, Washington memberi amaran, pemimpin Arab tidak mungkin dapat mengekang kemarahan rakyat mereka jika Israel melancarkan serangan itu.


Akhbar itu berkata, pegawai AS merujuk kepada keganasan di beberapa negara Asia Barat ekoran filem yang menghina Islam dengan berkata: “Hari ini, pemimpin Arab tidak mengawal rakyatnya. Orang ramai yang mengawal pemimpin itu.

“Hanya serangan Israel yang diperlukan rakyat Iran. Seluruh masyarakat Arab dan Islam akan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.


“Apa yang terjadi dengan filem anti-Islam hanyalah gambaran awal mengenai apa yang akan terjadi sekiranya Israel melancarkan serangan,” kata pegawai itu. - AFP

No comments:

Post a Comment