WASHINGTON 21 Sept. - Amerika Syarikat (AS) menasihati rakyatnya agar tidak mengunjungi Pakistan buat masa ini ekoran amaran kemungkinan berlakunya beberapa bantahan dan tunjuk perasaan di negara itu.
Jabatan Negara AS dalam kenyataan berkata, rakyat AS yang berada di Pakistan turut digesa agar mengelak mana-mana bantahan dan perhimpunan besar-besaran yang diadakan penduduk tempatan berhubung isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
"Kewujudan militan Al-Qaeda dan Taliban serta beberapa kumpulan pemberontak lain di Pakistan boleh membahaya nyawa rakyat AS di negara terbabit," jelas kenyataan tersebut. - REUTERS
No comments:
Post a Comment