Sunday, October 7, 2012

Insomnia punca rugi RM101.3 bilion

Insomnia  penyebab pekerja kelesuan dan gagal memberi tumpuan  ketika menjalankan tugas.
Insomnia penyebab pekerja kelesuan dan gagal memberi
tumpuan ketika menjalankan tugas.


Rasa mengantuk menyebabkan pekerja gagal fokus, kurang cekap

Boston: Rasa mengantuk ketika bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian? Ia menyebabkan kerugian besar terhadap anda dan juga negara.
Kajian yang dijalankan penyelidik menganggarkan masalah insomnia bertanggungjawab terhadap 274 000 kes kejadian kemalangan dan kesalahan di tempat kerja, menambah kepada AS$31 billion (RM101.3 bilion) kos tambahan.

Kajian cadang agar tempat kerja memberi lebih perhatian terhadap penghidap insomnia dan membuat skrin pekerja untuk mengenal pasti bakal pekerja yang mengidap insomnia," Victoria Shahly, Ketua penyelidik
Kajian yang dijalankan tidak konklusif berikutan wujud faktor lain selain faktor mengantuk yang mengakibatkan kemalangan, misalnya.

Mengantuk musuh utama

Begitupun, kajian itu tetap mengaitkan antara kekurangan tidur dengan masalah di tempat kerja.

“Kajian cadang agar tempat kerja memberi lebih perhatian terhadap penghidap insomnia dan membuat skrin pekerja untuk mengenal pasti bakal pekerja yang mengidap insomnia,” kata ketua penyelidik, Victoria Shahly, pakar psikologi dan pelatih pelajar di Universiti Perubatan Harvard di Boston.
Beliau berkata, kemalangan dan kesalahan secara langsung akan menjejaskan kecekapan di tempat kerja.

“Mengantuk adalah musuh utama kepada usaha untuk fokus. Apabila kita letih kekuatan memori, koordinasi dan perhatian akan mula merosot,” katanya.
Di dalam kajian baru Shahly dan rakan sekerja mencuba untuk memahami keadaan ini dan kaitannya dengan tempat kerja.

Pada 2008 dan 2009, penyelidik membuat kajian ke atas 10,000 pekerja di Amerika Syarikat yang mempunyai insurans kesihatan dan berbahasa Inggeris.

Peserta dipilih kerana mereka mewakili penduduk negara secara amnya dan menjawab soalan melalui panggilan telefon. Penyelidik menganggarkan 20 peratus daripada peserta terbabit menghidapi insomnia sekurang-kurangnya 12 bulan lalu.

Terbabit kemalangan

Bagi kes kemalangan, penyelidik mendapati 5.5 peratus mereka yang mengalami insomnia akan terbabit di dalam kemalangan atau kesalahan di tempat kerja yang menelan kos AS$500 (RM1,635) berbanding empat peratus bagi mereka yang tidak mengalami insomnia.

Bentuk kemalangan dan kesalahan yang dilakukan adalah membuat kesilapan ketika berada di dalam barisan pemasangan, terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika bekerja dan kesalahan di dalam membuat perhitungan, kata Shahly.

Pengarah di unit Penyelidikan Klinikal Tidur di Universiti Loughborough di Leicestershire, England Kevin Morgan, memuji penyelidikan itu dan berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi topik yang kurang mendapat perhatian ini.

Sehingga kini penyelidik masih cuba memahami kesan kekurangan tidur terhadap pekerja dan bagaimana ia memberi kesan kepada pekerja yang tinggal di rumah dan bukan di tempat kerja, kata beliau. - Agensi

No comments:

Post a Comment