Sunday, October 7, 2012

Yemen gagalkan serangan terhadap pangkalan AS

ADEN 7 Okt. - Tentera Yemen semalam menggagalkan serangan bom kereta di pangkalan Anad yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah selatan di Lahj, kata pegawai tentera.
“Pihak tentera berjaya menghalang sebuah kereta yang berisi bahan letupan yang berjaya menyusup masuk ke Pangkalan Anad," kata seorang jurucakap tentera Yemen.
Menurut laporan rasmi, Pangkalan Anad telah dijadikan tempat latihan oleh seramai 15 tentera AS sejak dua bulan lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121007/lu_06/Yemen-gagalkan-serangan-terhadap-pangkalan-AS#ixzz28benVxju
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment