SEOUL: Korea Selatan bercadang mengumumkan perjanjian baru dengan Amerika Syarikat bertujuan meningkatkan jarak peluru berpandu balistiknya agar meliputi seluruh Korea Utara, kata laporan semalam.
Agensi berita Yonhap memetika kenyataan pegawai tinggi kerajaan sebagai berkata, dua sekutu itu sepakat dalam perjanjian berkenaan.
“Kami berhasrat membuat pengumuman seawal pagi esok (hari ini) atau minggu depan,” kata kenyataan pegawai itu.
Pegawai itu juga enggan memberi ulasan lanjut, tetapi satu sumber diplomatik memberitahu Yonhap, persetujuan itu mencapai jarak lebih dua kali ganda peluru berpandu Korea Selatan kepada 800 kilometer berbanding had sedai ada iaitu 300 kilometer. Ia bermakna jaraknya meliputi seluruh Korea Utara, tetapi kapasiti maksimum muatan peluru berpandu itu kekal 500 kilogram. Perjanjian sedia ada dengan Washington yang membolehkan Seoul memperoleh akses terhad terahdap teknologi peluru berpandu AS akan berakhir pada hujung tahun ini. Seluruh Korea Selatan berada dalam jarak peluru berpandu Korea Utara dan Presiden Lee Myung-Bak pada Mac lalu berkata, Seoul memerlukan “perubahan realistik” dalam peluru berpandunya. - AFP
No comments:
Post a Comment