Thursday, October 4, 2012

Serangan siber di Rumah Putih

WASHINGTON - Rumah Putih, kelmarin mendedahkan bahawa satu daripada rangkaian komputer mereka telah menjadi sasaran serangan siber.

Pegawai pentadbiran Rumah Putih mengesahkan perkara itu selepas portal berita Washington Free Beacon menyiarkan laporan bahawa penggodam dari China telah berjaya menceroboh sistem ketenteraan mereka.

Menurut pegawai tersebut, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang data dan maklumat sulit Amerika Syarikat dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

"Sehingga kini, tidak ada pihak yang berjaya menembusi sistem maklumat sulit kami. Serangan itu juga tidak menyebabkan sebarang kehilangan data," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment