7 maut, hampir 500 cedera di Mesir
Mesir yang menyaksikan peristiwa pahit awal 2011 kembali bergolak. - Foto ihsan CNN
KAHERAH - Mesir kembali kepada situasi dua tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, kali ini negara utara Afrika itu berhadapan dengan pertempuran antara polis dan penyokong pemimpin Presiden Mohammed Morsi.

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh. Enam daripada mereka di Suez.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ahmed Omar memberitahu EGYNews bahawa empat daripada enam yang terbunuh di Suez terkena tembakan di bahagian abdomen.

Kematian yang ketujuh dilaporkan di Ismailia.

Menurut laporan EGYNews, hampir 348 orang awam, 31 anggota polis dan 95 anggota pasukan keselamatan cedera dalam insiden terbaru ini, yang dilihat paling buruk tahun ini selepas peristiwa pahit menjelang pungutan suara perlembagaan baru negara.

Mohammed dipilih sebagai presiden Jun lalu.