Saturday, January 26, 2013

HANYA DENGAN CAMERANYA, DIA MEMBAWA PALESTIN KE MATA DUNIA.

KAGUM DENGAN PERJUANGAN DAN SEMANGAT WANITA KENTAL DAN CEKAL INI...HANYA DENGAN CAMERANYA, DIA MEMBAWA PALESTIN KE MATA DUNIA...DAKWAH ITU SANGAT LUAS..DAN JALANNYA SANGAT BANYAK...SEMOGA ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI WANITA INI..
PN. SHAHRINA AHMAD SHARKAWI
.....................................................................................
Kalau dulu cuma pegang M16 semasa masih menjadi Leftenan Tentera Wataniah, Alhamdulillah, di Palestin ini, berkesempatan memegang senjata yang digunakan Mujahideen untuk menentang Zionis Israel.. Subhanallah, WalHamdulillah.. Masya Allah... Kesempatan demi kesempatan Allah berikan sepanjang saya berada di Gaza, bumi barakah ini...Akhirnya, tercapai impian untuk bertemu pejuang Al Qassam yang sedang bertugas menjaga keselamatan di sempadan.. Mereka izinkan rakam dan kongsi gambar dengan syarat hanya yang menutup muka saja.. masa bercakap dengan saya, penutup muka dibuka.. waktu ni, sekitar jam 11 malam- 1 pagi. Kami dibawa melawat 3 kumpulan. Kumpulan pertama, berjaga di sempadan yang paling hampir dengan sempadan Israel. Masa kami di sini, jelas kelihatan lampu-lampu di kawasan Israel dan kelihatan juga Apachee berterbangan di kejauhan. Mereka berlindung di sebalik bangunan usang kesan serangan. Kumpulan kedua, kami kena masuk hutan - kebun pokok jambu... Kumpulan ketiga, golongan tentera veteran.. Mereka semua adalah orang awam yang secara sukarela menjadi pejuang Al Qassam. Namun, untuk menjadi tentera Al Qassam bukan semudah masuk Anggota Wataniah/Sukarela di Malaysia. Antara syarat utama ialah, hafal Qur'an dan, sebelum memohon, mereka perlu mendapat pengesahan imam masjid tempat tinggal - menyatakan bahawa mereka datang solat Subuh setiap hari berjemaah di masjid denga solat yang sempurna, datang awal pada waktunya. Qur'an sentiasa ada pada poket setiap anggota. Ada antara mereka pelajar universiti, ad juga akauntan, ada pegawai kerajaan. Umur juga berbeza, ada yang belasan tahun, ada yang dua puluhan, ada juga yang kumpulan veteran. Antara faktor utama mereka menyertai jihad ini adaah untuk membebaskan tanah air mereka dari cengkaman Zionis Israel, ada yang menyambung perjuangan abang dan bapa, malah, ada bapa-bapa yang menyambung perjuangan anak mereka yang syuhada... Antara pesanan yang mereka ingin saya sampaikan ialah.. Kami bukan pengganas, kami cuma ingin pertahankan rumah kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, mak ayah kami.. Kami mahu bebaskan rakan-rakan kami, yang masih tersiksa dalam penjara tanpa kesalahan yang nyata, hanya kerana kami membela diri dari terus diserang dan dianiaya....

No comments:

Post a Comment