Saturday, January 26, 2013

Pemuda Mesir bertempur dengan polis


Penduduk Mesir kebanyakannya golongan remaja bertempiaran melarikan diri selepas polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, semalam. - AFP
KAHERAH 25 Jan. - Beratus-ratus pemuda Mesir bertempur dengan polis di Dataran Tahrir, di sini hari ini dalam keganasan sempena ulang tahun kedua kebangkitan rakyat yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.
Penentang Presiden Mohamed Mursi dan sekutunya daripada pergerakan Ikhwan Muslimin turut dijadual berhimpun beramai-ramai di Dataran Tahrir, lewat hari ini bagi membangkitkan semula tuntutan revolusi yang didakwa mereka telah dikhianati oleh pergerakan Islam.
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan tercetus awal hari ini apabila kumpulan itu bertindak membaling bom petrol dan mercun ke arah pasukan keselamatan ketika mereka cuba menghampiri bangunan kerajaan berhampiran Dataran Tahrir.
...

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130126/lu_07/Pemuda-Mesir-bertempur-dengan-polis#ixzz2J2JxgRM9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment