8 Februari 2013
TEHERAN - Pemimpin tertinggi Iran menuduh Amerika Syarikat (AS) terlalu mendesak negara itu untuk mengadakan rundingan dengan kadar segera, seolah-olah "mengacu pistol ke arah kepala" negara itu.
Ayatullah Ali Khamenei memberitahu pemberita, AS sedang membuat ancaman mendesak mereka melakukan rundingan.
“Pentadbiran baru mereka ini sekali lagi mengulangi isu yang sama mendesak supaya rundingan diadakan di antara Iran dan AS,” katanya kepada media.
Minggu lalu, Naib Presiden AS, Joe Biden berkata, Washington sedia mengadakan rundingan langsung walaupun kedua-dua negara itu sudah lama tidak ‘sebulu’ berhubung program nuklear Iran.
Iran selama ini menjadi mangsa sekatan antarabangsa tetapi sudah menegaskan yang program nuklear mereka adalah untuk penyelidikan dan perubatan bukan untuk tujuan keganasan.
Tetapi menurut Ali, pemimpin tertinggi Iran tidak sedikit pun tertekan dengan desakan dibuat AS.
“Saya ingin bercakap secara jujur dan jelas kepada anda (AS) walaupun seolah-olah mengacukan pistol di kepala Iran, kami tidak sekali-kali akan takut,” tegasnya.
Iran dalam masa yang sama tidak menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk mengadakan sesi rundingan.
Beliau berkata demikian sehari selepas AS mengambil langkang memperketatkan sekatan ekonomi terhadap Iran.

No comments:
Post a Comment