Saturday, February 9, 2013

Dinaikkan pangkat selepas mati



JAKARTA - Seorang lelaki yang sudah meninggal dunia setahun adalah antara 422 pegawai perkhidmatan awam dinaikkan pangkat oleh Kerajaan Petadbiran Aceh baru-baru ini telah mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.
Kesilapan itu hanya disedari setelah surat keputusan kenaikan pangkat para pegawai berkenaan yang dikeluarkan itu, didapati mengandungi nama Rahmad Hidayat yang sudah meninggal dunia.
"Kami terperanjat ada nama Rahmad Hidayat dalam pelantikan itu, padahal dia sudah meninggal dunia pada Januari 2012. Kami tidak tahu penyakitnya tetapi Allahyarham pernah mengalami pendarahan otak," kata seorang rakannya seperti yang dilaporkan akhbar harian Kompas semalam.
Ketua Badan Perjawatan Pendidikan dan Latihan Aceh, Nasrullah yang mengesahkan kesilapan itu, percaya ia berlaku kerana pihak yang mencadangkan kenaikan pangkat pegawai tersebut tidak mengetahui bahawa beliau sudah meninggal dunia.
Ketua Badan Perundangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Abdullah Saleh berkata, kesilapan yang berlaku itu mencerminkan buruknya sistem pentadbiran pegawai dan makanisme badan perjawatan Aceh. Perkara tersebut mengecewakan orang ramai dan DPR Aceh. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2KM03WxvT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment