WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan baru ke atas hasil minyak Iran yang dilihat akan meningkatkan lagi tekanan kepada negara yang didakwa menjalankan program pembangunan senjata nuklear, semalam.
Selain itu, sekatan tersebut turut dikenakan terhadap pertubuhan media negara itu dan Polis Siber Teheran.
Sementara itu, pengarah stesen penyiaran Iran, Ezzatollah Zarghami mengaku tindakan negara Barat telah menyebabkan negara itu dilanda krisis ekonomi yang meruncing.
Sebelum ini, negara Barat telah mengenakan sekatan kewangan ke atas Iran yang turut memberi kesan besar terhadap aktiviti bank pusat yang didakwa terlibat dengan transaksi menyumbang kepada projek pembangunan senjata nuklear di negara tersebut. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment