YANGON - Keperluan di pusat pelarian etnik Rohingya di Yangon, Myanmar semakin meruncing akibat pertambahan mendadak pelarian sejak bulan lalu.
Pengarah Agensi Doktor Perubatan Tanpa Sempadan (MSF) Arjan Hehenkamp berkata, pelarian di kem sementara di Rakhine kekurangan bekalan air bersih dan perubatan.
“Kami memerlukan bekalan perubatan berkaitan penyakit akut. Ramai kanak-kanak mengalami jangkitan kulit, cacing, batuk dan cirit birit serta kekurangan zat makanan,” katanya.
Menurutnya, terdapat juga wanita melahirkan anak tanpa doktor dan rawatan susulan kerana MSF kekurangan tenaga kerja.
“Di kem ini hanya terdapat satu kolam untuk keperluan harian. Kolah itu dikongsi untuk kegunaan pertanian, penternakan dan harian oleh semua pelarian, “ katanya.
Beliau berkata, keadaan kem pelarian sangat kotor dan dipenuhi sampah serta lalat.
“Kami mendesak pemimpin Myanmar segera menghentikan persengketaan bagi memastikan penduduk Rohingya dapat meneruskan kehidupan normal sekali gus dapat mengurangkan kes kematian terutama kalangan kanak-kanak,” katanya.
Kini, lebih 100,000 orang menjadi pelarian di negara jiran dan jumlah itu terus meningkat selepas 800,000 pelarian lagi dinafikan kewarganegaraan oleh Bangladesh awal tahun ini. - AP

No comments:
Post a Comment