8 Februari 2013
SEOUL - Korea Selatan mengesahkan untuk mengikut langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam melakukan sekatan ke atas Korea Utara, walaupun bakal berhadapan ancaman daripada Pyongyang.
Sekatan itu dilakukan untuk memberi tekanan berterusan terhadap Korea Utara dalam usaha menghentikan pelancaran roket nuklear jarak jauh pada Disember ini.
Majlis Resolusi Keselamatan PBB dalam satu kenyataan melaporkan, enam entiti milik Korea Utara dibekukan termasuk pas lawatan ke atas empat individu yang bertanggungjawab terhadap program nuklear tersebut.
Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye berkata, penyekatan itu berkuat kuasa minggu depan.
“Tekanan ini amat kecil buat mereka. Tetapi kesannya berpanjangan apabila dalam beberapa tahun lagi Korea Utara akan terasing daripada negara antarabangsa," katanya.
Menurutnya, Korea Utara juga bakal berhadapan dengan kesukaran dalam membentuk pembangunan ekonomi dan politik.
Bulan lalu, Korea Utara dengan angkuhnya bertegas tetap akan melakukan ujian nuklear tanpa mengendahkan larang PBB selain mengisytiharkan ‘perang’ dengan badan pertubuhan dunia itu. - Reuters

No comments:
Post a Comment