Penumpang kereta api tidur ketika menunggu sampai di destinasi dari Guangzhou ke Changchun. - Foto AFP
Haining: Troli bagasi yang bertukar menjadi tempat duduk dan tiang untuk mengelak penumpang mengantuk adalah beberapa gajet yang diperkenalkan untuk membantu menjadikan perjalanan Tahun Baru menggunakan kereta api lebih selesa di China.
Kira-kira 200 juta penduduk di China dijangka menaiki kereta api balik ke kampung halaman untuk cuti perayaan itu hujung minggu ini dalam apa yang disifatkan sebagai balik kampung tahunan terbesar dunia.
Ada memilih tiket untuk berdiri dalam tren penuh sesak bagi menjimatkan wang dalam perjalanan yang boleh mengambil masa tiga hari.
Tahun ini, blog mikro China dipenuhi dengan maklumat gajet yang mungkin membantu menjadikan perjalanan lebih selesa.
Tidak selesa
Satu daripadanya digelar ‘Hard Seat Treasure,’ batang besi dengan pad dilekatkan padanya untuk penumpang yang mengantuk dan memastikan dia tidak jatuh daripada kerusi apabila tertidur. Tetapi, tidak semua menyukainya.
“Ia berat untuk dibawa,” kata Li Kang dari wilayah barat daya Guizhou yang mencubanya.
“Apabila saya bersandar, tubuh rasa tak selesa.”
Bekas guru fizik dan pencipta amatur Zhou bersetuju. Dia mencipta ‘Grass Roots Travel Treasure’, troli kelihatan seperti pemegang besi pencuci lantai yang boleh dilipat menjadi kerusi. - REUTERS
Kira-kira 200 juta penduduk di China dijangka menaiki kereta api balik ke kampung halaman untuk cuti perayaan itu hujung minggu ini dalam apa yang disifatkan sebagai balik kampung tahunan terbesar dunia.
Tahun ini, blog mikro China dipenuhi dengan maklumat gajet yang mungkin membantu menjadikan perjalanan lebih selesa.
Tidak selesa
Satu daripadanya digelar ‘Hard Seat Treasure,’ batang besi dengan pad dilekatkan padanya untuk penumpang yang mengantuk dan memastikan dia tidak jatuh daripada kerusi apabila tertidur. Tetapi, tidak semua menyukainya.
“Ia berat untuk dibawa,” kata Li Kang dari wilayah barat daya Guizhou yang mencubanya.
“Apabila saya bersandar, tubuh rasa tak selesa.”
Bekas guru fizik dan pencipta amatur Zhou bersetuju. Dia mencipta ‘Grass Roots Travel Treasure’, troli kelihatan seperti pemegang besi pencuci lantai yang boleh dilipat menjadi kerusi. - REUTERS
No comments:
Post a Comment