Saturday, February 9, 2013

Fatwa cetus panik di Mesir



 
Kerajaan risau ulama buat ketetapan agama sesuka hati

Kaherah: Kerajaan Mesir mempertingkat kawalan keselamatan kerana risau dengan tindakan beberapa pendakwah konservatif ultra mengeluarkan fatwa membenarkan penunjuk perasaan wanita dicabul dan pemimpin pembangkang dibunuh.
Dua pendakwah terkenal di sini mencetuskan protes beberapa hari lalu selepas berkata, undang-undang Syariah membenarkan pemimpin pembangkang dibunuh.
Mereka pergi ke sana untuk diperkosa," Ahmed Mohammed Abdullah, Pendakwah

Seorang lagi memberi alasan mengapa serangan seksual terhadap penunjuk perasaan wanita di Dataran Tahrir adalah dibenarkan.

“Mereka pergi ke sana untuk diperkosa,” kata Ahmed Mohammed Abdullah yang menyifatkan penunjuk perasaan itu sebagai wanita tidak bermoral.

Serangan seksual terhadap wanita yang memprotes melonjak di Mesir sejak Januari lalu dengan 19 kes pada 25 Januari saja.

Dalam kebanyakan insiden, wanita itu dibogelkan dan objek tajam digunakan untuk menikam mereka, kata kumpulan hak asasi manusia.
Melaga-lagakan musuh

Dalam satu program bual bicara di saluran Salafi TV iaitu Al-Hafez, pendakwah Mahmoud Shaaban pula berkata, pemimpin Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) melaga-lagakan musuh di Mesir untuk berkuasa.

“Mereka mesti dibunuh mengikut perintah tuhan,” katanya. Beliau merujuk kepada Mohamed ElBaradei dan Hamdeen Sabahi.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, kawalan keselamatan sudah diperketatkan di kediaman ahli politik pembangkang.

Pejabat Presiden Mohammed Morsi dan Perdana Menteri, Hesham Kandil, mengutuk fatwa itu dan siasatan sudah dilancarkan terhadap seorang daripada pendakwah berkenaan. - AP

No comments:

Post a Comment