8 Februari 2013
NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, mengkritik Presiden Syria, Bashar al-Assad kerana menggunakan pengganas sebagai justifikasi membunuh orang awam dan memusnahkan kediaman mereka.
Pemimpin PBB itu berkata, krisis Syria tidak dimulakan dengan keganasan tetapi presiden mereka sendiri yang membunuh rakyatnya dan unsur-unsur pengganas mula mengambil kesempatan di sebalik krisis yang berlaku.
“Beliau boleh menghentikan keganasan ini sejak lama dulu dan dialog politik juga sudah lama sepatutnya dimulakan,” kata beliau semalam.
“Tetapi Assad terus-menerus membunuh dan itu juga menjadi punca ramai yang marah dan kecewa sehingga mereka menentang kerajaan mereka sendiri,” tambah beliau.
Setiausaha agung itu juga mengalu-alukan cadangan pemimpin pembangkang, Mouaz al-Khatib mengadakan rundingan politik dan berharap supaya pemimpin tertinggi Syria menerimanya.

No comments:
Post a Comment