Monday, March 18, 2013

Bantu pengikut tinggalkan Sabah

Manila: Anak perempuan Jamalul Kiram III meminta Pejabat Peguam Negara (PAO) membantu pengikutnya yang dihalang meninggalkan Sabah, semalam.
Ketua PAO Persida Acosta berkata, Carolyn Kiram membuat permohonan itu bagi pihak Jamalul selepas bimbang nasib 31 daripada 523 saudara-mara mereka di Malaysia.
“Saya akan ke Tawi-Tawi bersama pasukan perubatan untuk bertemu dan memeriksa kesihatan mereka,” katanya.

Dalam surat bertarikh 13 Mac dan ditandatangani 31 pelarian terbabit, mereka mendakwa baru tiba di Bongao, Tawi-Tawi dari Sandakan.
Foto
ANGGOTA Keselamatan membuat sekatan di laluan masuk ke Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, semalam.

Mereka meminta kerajaan membantu saudara-mara masing-masing yang ditinggalkan di Sabah tanpa dokumen perjalanan sah.

No comments:

Post a Comment