Lahad Datu: Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 pengganas yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Bagaimanapun, sesiapa saja dipercayai suspek pengganas Sulu dan mempunyai kaitan dengannya sama ada anggota keluarga Jamalul Kiram III atau sebaliknya, akan tetap didakwa mengikut SOSMA.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata siasatan dan pendakwaan tidak memilih sama ada suspek terbabit anggota keluarga berkenaan atau sebaliknya.
Ada antara suspek itu dipercayai anggota keluarga Kiram yang menggunakan nama lain. Di sini mereka guna nama lain, di selatan Filipina mereka guna nama lain” Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah
“Ada antara suspek berkenaan dipercayai anggota keluarga Kiram yang menggunakan nama lain. Di sini mereka guna nama lain, di selatan Filipina mereka guna nama lain.
“Kita sedang siasat,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, di FELDA Sahabat 16, semalam.
Kerah adik ceroboh Sabah
Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dilaporkan mengerah adiknya, Agbimuddin Kiram, mengetuai antara 100 hingga 150 pengganas Sulu mencerobohi Kampung Tanduo, FELDA Sahabat 18, dekat sini sejak awal Februari lalu.
Agbimuddin dilaporkan pernah berunding dengan pasukan keselamatan sebelum memulakan serangan membunuh dua anggota polis komando VAT 69 di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu.
Agbimuddin juga dikatakan kerap berulang-alik ke Kampung Simunul, Semporna untuk menyusun strategi menuntut Sabah kononnya sebagai wilayah Kesultanan Sulu tetapi selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, dia dipercayai meloloskan diri ke selatan Filipina.
No comments:
Post a Comment