Monday, March 18, 2013

Pejuang tanah adat tanding kerusi Parlimen Hulu Rajang, Sarawak



SARAWAK 18 MAC: Pejuang tanah adat, Abun Sui Anyit yang terkenal kerana membela rakyat tertindas akibat pembinaan Empangan Bakun, diumum bertanding kerusi Parlimen Hulu Rajang pada PRU 13.
Pengumuman dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan Ketua Umum KEADILAN itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Hulu Rajang, malam tadi.
Sorakan gamat kira-kira 3,000 penduduk tempatan mengiringi pengumuman terhadap Abun, seorang peguam yang juga Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang.
“Kita tahu apa yang diusahakan Abun beberapa tahun ini. Beliau banyak berjuang terutama dalam isu Empangan Bakum yang merampas tanah adat orang Asal,” kata Anwar.
Beliau berkata, Abun memperjuang keadilan untuk seluruh penduduk terutama orang Asal di Hulu Rajang yang menjadi mangsa penindasan pemimpin BN.
Hadir sama, Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Ali Biju; Adun Batu Lintang, See Chee How; Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Sarawak, Paul Bian dan pimpinan lain.

No comments:

Post a Comment