Monday, March 18, 2013

Tahanan Palestin dibuang negeri ke Genting Gaza



GAZA CITY 18 Mac - Seorang tahanan Palestin di penjara Israel yang telah lama melancarkan mogok lapar, tiba di Gaza lewat petang semalam selepas menerima tawaran pembebasan daripada pegawai Israel.
Ayman Sharawna menerima tawaran untuk dibebaskan tetapi dengan syarat dia dibuang negeri dari Tebing Barat ke Genting Gaza selama 10 tahun.
Dia yang melintas sempadan di Erez disambut dengan ambulans Palestin yang membawanya ke hospital untuk diperiksa, menurut pegawai sempadan Palestin.
Sharawna adalah seorang daripada empat tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar selama beberapa bulan bagi membantah keadaan di penjara Israel, insiden yang mencetuskan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130318/lu_09/Tahanan-Palestin-dibuang-negeri-ke-Genting-Gaza#ixzz2NszElKmI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment