Monday, March 18, 2013

kenapa semakin aku membenci umno

 kenapa semakin aku membenci umno
Aku semakin benci dengan UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Tapi benci kerana orang yang mentadbirkan umno dan macai - macai umno yang keterlaluan.
1) Menteri dari BN yang membenarkan import injil versi melayu dan ada kalimah ALLAH . Tapi menuding ke pihak lain.
[ Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.
“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
Sumber RUJUK DI SINI ]

2) Dua anggota keselamatan di dapati membunuh Altantuya. Tetapi dalang pembunuhan di senyapkan. Adakah polis membunuh sesuka hati atau atas arahan. Jadi tak perlu cerita akan cari dalang pembunuhan Sosilawati.

3) Ucapan pemimpin umno membawa maksud jika di laksanakan hukum islam akan menyebabkan negara mundur. Adakah peraturan islam itu tidak sesuai untuk semua zaman. Adakah pemimpin melayu yang beragama islam umno tidak yakin dengan hukum ALLAH.

4) Ucapan menteri dari BN / UMNO sendiri dari awal menyebabkan rakyat tertanya-tanya situasi di Lahad Datu. Bila rakyat bersuara di anggap menghina tentera.
[ Perisik kata ..... ]PUTRAJAYA 16 Feb. - Hasil perisikan mendapati kumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh Pantai Tanduo berdekatan Lahad Datu di Sabah bukan pengganas dan mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_12/Penceroboh-di-Sabah-bukan-pengganas#ixzz2NYjcKile © Utusan Melayu (M) Bhd Perisik Kata ... Rujuk Sini ...
[ Kerajaan tak perlu berdolak dalik soal lambat bertindak ... jangan menuding jari ] Kerajaan mengesahkan sekumpulan lelaki yang menceroboh Tanjung Labian, Lahad Datu, Selasa lalu, bukan militan atau pengganas walaupun ada antara mereka bersenjata. Sah bukan pengganas

5) Perbuatan ganas olih penyokong umno seperti bergerak bebas .... menyebabkan rakyat hairan kenapa begitu berani bertindak . Seperti ada yang melindungi mereka dari undang-undang.

6) BN / UMNO seperti menidakkan rakyat untuk membuat pilihan secara adil. Sekatan maklumat yang keterlaluan. BN / UMNO menggunakan jentera jabatan kerajaan untuk menyampaikan kempen yang ketara. Memaksa kakitangan awam menyokong kerajaan ... seperti kerajaan tidak bolih bertukar ganti. Apa makna pilihan raya jika pemilihan di sekat.

7) Tindakan kepada pemimpin UMNO / BN di ambil bila difikirkan pemimpin tersebut akan di cantas. Ini banyak terbukti dari dahulu.... jika tidak mereka yang di kaitkan penyelewengan akan di pertahankan.

8) Masalah pemberian kerakyatan di Sabah yang banyak di pertikaikan . Hingga timbul berbagai isu dan permasalahan kepada Negara sendiri.

9) Hanya isu sex / liwat yang berkisar di kalangan BN / UMNO . Rakyat sudah naik muak dengan cerita ini. Apakah skandal 1996 tidak ujud pada pemimpin UMNO ????.

No comments:

Post a Comment