Monday, March 18, 2013

Beberapa hospital di Aleppo, Syria memerlukan stok ubat-ubatan dengan SEGERA

STATUS INI PENTING DAN SEGERA!

Kami baru berhubung dengan sukarelawan kami di Bandar Aleppo, Syria melalui Skype. 

Beberapa hospital di Aleppo, Syria memerlukan stok ubat-ubatan dengan SEGERA. Kos adalah sebanyak USD 5,000 (RM 16,000) yang akan kami sampaikan melalui sukarelawan kami yang berada di Turki, Saudara Syafiq Shafii, seterusnya akan diberikan kepada wakil kami di dalam Syria dalam minggu ini. 

Status permohonan SEGERA dan PENTING. Sudah dua kali wakil kami dari sana menghubungi kami dan menyatakan permintaan yang sama. 

Jika ada seringgit dua dari lebihan wang anda untuk hari ini, sampaikanlah ia kepada kami agar kami boleh sampaikan pula kepada mereka. 

Kami buka tabung bantuan segera perubatan ke Aleppo, Syria ini sehingga TENGAH MALAM 20 Mac 2013 dan kami akan kemaskini jumlah yang terkumpul dari masa ke semasa. 

URGENT APPEAL!

USD 5,000 (RM 16,000) needed urgently for the hospitals in Aleppo, Syria. 

We will open the account for this appeal until 20th March 2013 midnight. We will update the progress time by time. 

Please SHARE and we have do something for Syrians. 

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#Setiap sumbangan layak mendapat resit pengecualian cukai untuk tahun 2012. Sila emelkan kepada kami butiran diri seperti Nama Penuh, Alamat dan juga no. telefon serta bukti sumbangan untuk tindakan kami selanjutnya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment