Monday, March 18, 2013

Tahanan Palestin mogok lapar di Israel dibebaskan



RAMALLAH 18 Mac - Seorang tahanan Palestin yang sedang menjalani mogok lapar di penjara Israel menandatangani satu perjanjian dengan Israel yang menyaksikan dia dibebaskan dan hidup dalam buangan di kawasan Gaza untuk 10 tahun.
"Tahanan itu, Ayman Sharawna yang telah melancarkan mogok lapar sejak pertengahan Julai lalu mencapai satu perjanjian dengan pihak Israel yang menyaksikan dia dibebaskan di Gaza selama 10 tahun," kata ketua Kelab Tahanan, Qadura Fares di sini, semalam.
Seorang jurucakap bagi Perkhidmatan Tahanan Israel mengesahkan perjanjian itu dengan pelaksanaannya dibuat semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130318/lu_02/Tahanan-Palestin-mogok-lapar-di-Israel-dibebaskan#ixzz2Nqd3cWu0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment