4 April 2013
NARATHIWAT - Seorang askar diculik dan ditembak mati selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke rumahnya di selatan Thailand.
Jurucakap tentera, Kolonel Pramote Promin berkata, ketika kejadian itu, isteri dan anaknya berada di rumah.
“Lapan lelaki itu bertindak menyerbu masuk ke rumah mangsa, Maela Tolu lalu menutup mata, mengikat kaki dan tangan sebelum dilarikan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai mempunyai motif untuk membalas dendam selepas penyerang disyaki dari kumpulan militan bertindak menyerbu pangkalan tentera minggu lalu.
“Mayat mangsa dijumpai di tepi jalan berhampiran sebuah kampung yang tidak boleh didedahkan dengan dua kesan tembakan,” katanya dipetik dari AFP.
Gerakan pemisah tanpa 'matlamat jelas' kini menggegarkan tiga wilayah paling selatan di Thailand iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004
Serangan kian memuncak selepas beberapa kumpulan pemisah Islam di wilayah selatan tidak bersetuju dengan perubahan dasar yang dilakukan oleh kerajaan negara itu dalam perjanjian damai dua minggu lalu.

No comments:
Post a Comment