SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar sebuah rumah bungalow paling besar di TTDI Hills Kuala Lumpur. Menurut pengirim, bungalow tersebut dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin bakal calon Parlimen Lembah Pantai.
Menurut pengirim lagi, bunglow yang lengkap dengan pondok pengawal, menempatkan anggota polis sebagai pengawal itu berharga lebih RM15 juta berdasarkan harga dua rumah lain berhampiran yang jauh lebih kecil namun mencecah harga RM8.1 juta dan RM10 juta.
Pengirim yang hairan bagaimana Raja Nong Chik, yang bakal bertanding menentang Nurul Izzah itu mampu tinggal di Bungalow mewah tersebut, meminta pimpinan Pakatan Rakyat menyiasat dari mana beliau memperolehi kemewahan.
Harga bungalow sahaja sudah RM15 juta, tidak termasuk perabot dan segala isi di dalamnya. Ini mukadimah awal sebelum lebih banyak rahsia lagi bakal didedahkan. Tunggu...
ReJaM© "Adakah Raja Nong Chik berani menafikan bahawa bungalow ini miliknya? "
No comments:
Post a Comment