Saya pernah terbaca dalam sebuah buku lama yang menceritakan bagaimana seorang yang cuba mengelirukan Tuhan.
Ia menceritakan bagaimana seorang yang telah menghidapi satu penyakit yang tidak terubat sejak beberapa tahun. Oleh kerana merasa tertekan dengan penyakitnya yang tidak kunjung sembuh, si kedekut dan tamak sanggup berbohong termasuk memungkiri nazar nya kepada Tuhan.
Si pesakit ini telah bernazar jika sakitnya baik maka dia akan menjual sebuah rumah besarnya dan memberikan hasil jualan rumah besarnya itu kepada rumah anak yatim.
Setelah penyakitnya baik dia merasa keliru samada penyakitnya itu sembuh disebabkan ubat yang di makannya selama ini atau pun oleh kerana nazarnya kepada Tuhan yang dia telah pasang itu.
Tetapi dia mengakui janji terhadap Tuhan wajib dibayar dan tidak boleh melarikan diri.Dia pun terus mengiklankan dan memberitahu orang ramai yang dia hendak menjual rumahnya yang bernilai lebih kurang lima puluh ribu dirham (50,000) itu dalam masa yang singkat.
Dia telah mengiklankan untuk penjualan rumahnya itu dengan memberikan satu syarat penting jika seseorang hendak membeli rumahnya itu.Dia telah memberikan syarat sesiapa hendak membeli rumahnya itu pembeli itu akan di berikan diskaun sebanyak 90 peratus iaitu 10,000 dirham sahaja tetapi mensyaratkan pembeli mesti membeli barang-barang yang sudah tidak bernilai dalam rumahnya itu dengan harga 40,000 dirham.
Semua orang yang datang untuk melihat rumah itu merasa pelik, kenapa rumah yang berharga 50,000 dirham di jual dengan hanya 10,000 dirham sahaja? Tetapi terpaksa pula membeli barang dalam rumahnya itu dengan 40,000 dirham walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa nilai lagi.
Oleh kerana si pembeli itu tahu yang harga rumah itu sememangnya bernilai 50,000 dirham maka sipembeli ini pun bersetuju untuk membayar 10,000 untuk rumah dan membayar 40,000 untuk barang yang tidak mempunyai apa-apa nilai tadi.
Kesemuanya si pembeli tadi membayar 50,000 dirham kesemuanya..…10000 untuk pembelian rumah tadi dan 40,000 untuk membeli barang yang tidak berharga yang ada dalam rumah itu.
Dua set perjanjian telah di tanda-tangani dengan penjual tadi. Satu perjanjian membeli rumah satu lagi perjanjian membeli barang yang tidak berharga dalam rumah itu.
Maka si penjual tadi memberikan 10,000 dirham kepada rumah anak yatim dan 40,000 dirham lagi di simpannya sendiri. Si penjual tadi ingat yang beliau telah berjaya melakukan ‘intrigue’ terhadap Tuhan nya.
Dia tidak jujur untuk memberikan bantuan kepada anak-anak yatim tadi.Tetapi itu bukannya berlaku kepada penjual rumah yang hendak memenuhi nazarnya terhadap Tuhan tadi sahaja.
Sampai ke hari ini pun budaya itu hidup malah ia masih berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Pimpinan kita selalu melakukannya untuk membuat ‘intrigue’ terhadap rakyat negara ini. Itulah yang dilakukan terhadap rakyat, empunya negara ini oleh pimpinan kita sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.
Setelah memunahkan segala harta rakyat yang banyak tadi melalui perlakuan rasuah yang sistematik tadi, maka di berikanlah rakyat sejemput dalam bentuk pembayaran BRIM sebanyak RM500 setiap seisi keluarga. RM500 itu di berikannya melalui pemimpin BN.
Penerima terpaksa mendengar leteran Najib dan Muhyiddin supaya mereka menggunakan RM500 ini sebaik-baiknya seolah-olah rakyat yang menerima BRIM itu boleh menjadi kaya raya dengan jumlah sejemput itu.
Najib tidak tahu ramai di antara penerima BRIM yang sejemput itu cepat-cepat menggunakan RM500 itu untuk membayar saman lalu-lintas yang sudah lama tidak di bayar itu.
Tetapi pemimpin telah menggunakan wang mereka (rakyat) dalam jumlah berbillion-billion ringgit melalui projek-projek cadangan kroni mereka.Projek cadangan kroni-kroni ini harganya berlipat kali ganda untuk mengembalikan sejumlah besar dari keuntungan projek itu untuk pimpinan yang berkuasa memberikan projek tadi.
Rakyat ramai ditipu dan dikelirukan oleh pimpinan yang kemudiannya menuntut pula sokongan setelah membuat penipuan terhadap rakyat tadi.
Dengan RM500 yang di berikan itu rakyat di minta memberikan sokongan kepada mereka (UMNO) bagi mereka merompak dan menyamun terus-terusan.
Begitulah yang telah berlaku dan ia akan tetap berlaku lagi jika UMNO masih mendapat mandat dari rakyat yang telah dirasuah dengan sejemput wang yang di kembalikan kepada mereka secara sistematik melalui BRIM itu.
Janji-janji pimpinan BN serupa seperti janji si pesakit yang membayar nazarnya kepada Tuhan seperti yang terkandung dalam cerita yang telah di pendekkan tadi. Mereka ini yakin yang mereka ini akan selamat sampai bila-bila.
Aspan alias
No comments:
Post a Comment