Thursday, April 4, 2013

Madonna lawat sekolah di Malawi




MADONNA (tengah) berinteraksi dengan para pelajar di Sekolah Rendah Mkoko di Kasungu kelmarin.- AFP


KASUNGU – Penyanyi pop Amerika Syarikat, Madonna kelmarin melawat beberapa buah kampung di Malawi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang dibina oleh sebuah badan kebajikan miliknya, BuildOn menerusi sumber kewangannya.
Beliau ditemani oleh dua anak angkatnya, David Banda dan Mercy James termasuk dua anaknya sendiri.
Penyanyi itu telah membiayai pembinaan sepuluh buah sekolah di negara yang miskin ini.
Dua anak angkatnya itu, Banda dan Mercy berasal dari negara ini.
“Kami datang untuk melawat sepuluh buah sekolah yang telah siap dibina bersama sebuah badan kebajikan yang dikenali sebagai BuildOn,” kata seorang pengurus Madonna, Trevor Neilson.
Menurutnya, sekolah-sekolah tersebut yang dibina lebih sembilan bulan lalu telah dibuka dan beroperasi dengan menyediakan kemudahan untuk 4,800 orang pelajar.
Beliau berkata, struktur pengajaran di sekolah-sekolah itu memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pemerintah negara ini.
Beberapa ketua suku kaum mengetuai sejumlah penduduk kampung di daerah Kasungu yang terletak 145 kilometer ke utara ibu kota Malawi, Lilongwe turut mengucapkan terima kasih kepada Madonna kerana pembinaan sekolah tersebut.
Mereka menganggap pembinaan sekolah itu sebagai hadiah untuk para pelajar.
Sebahagian penduduk kampung itu kemudian menari dan menyanyi lagu-lagu tradisional bagi meraikan kedatangan Madonna. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2PSo6S52C 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment