Thursday, April 4, 2013

Seorang lagi Datuk Seri dicari



LAHAD DATU - Polis sedang mengesan seorang lagi lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu pasukan keselamatan melakukan siasatan berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl dengan alamat terakhir di Kampung Bawang, Tamparuli.
"Lelaki ini dikehendaki polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu dan boleh membantu kita dalam operasi ini. Kita harap dia tampil untuk memberi keterangan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, polis percaya lelaki berkenaan masih berada di negeri ini dan orang ramai yang mengenali Khalil diminta segera menghubungi mana-mana balai polis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2PSsdFznw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment