14 Mei 2013
QUETTA - Sekurang-kurangnya enam maut manakala 46 lagi cedera dalam serangan nekad di Baluchistan, sebuah wilayah bergolak di barat daya Pakistan, semalam.
Setiausaha Ketua Polis Pakistan, Akbar Durrani berkata, letupan itu berlaku sejurus Ketua Polis Pakistan, Mushtaq Sukhera baru sahaja memasuki kediamannya di Quetta.
“Siasatan awal mendapati seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam kenderaan yang diletakkan berhampiran kediaman tersebut,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian itu, Mushtaq Sukhera sempat melarikan diri dan tidak mengalami kecederaan.
“Sekurang-kurangnya dua anggota polis, tiga anggota tentera dan seorang penduduk turut maut di luar kediaman rasmi ketua polis itu ,” katanya.
Beliau berkata, sejumlah bahan letupan dipercayai dimasukkan ke dalam kenderaan terbabit hingga mengakibatkan letupan besar berlaku dengan tingkap berdekatan kediaman itu pecah dan mencederakan orang awam, laporan dipetik daripada AFP.

No comments:
Post a Comment