Borang 14 yang sangat penting ini sebenarnya 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'. Selepas pengiraan undi selesai, maka jumlah undian dan maklumat penting yang lain perlu dicatat dalam boring.
Setelah diisi dengan betul, maka borang itu wajib ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan juga ‘Counting Agent’ (CA).
Selepas itu, borang 14 milik KTM akan dimasukkan ke dalam Sampul 7. Sampul akan ditutup dan CA perlu cop dan tandatangan pada sampul itu.
Tetapi apa yang berlaku, terdapat KTM enggan menandatangani dan menurunkan cop pada borang. Malah ada yang tidak mahu memberikan borang tersebut. Ada kes CA terpaksa bertekak untuk dapatkan borang tersebut dari KTM.
Adakah berlaku kecurangan semasa proses pengiraan undi?
No comments:
Post a Comment