Tuesday, May 14, 2013

tipu lagi...

 Saya Madhavan a/l Sinniah selaku EJEN PILIHAN RAYA kepada calun DAP Parlimen Labis P142 ingin membuat satu laporan atas nama SPR Labis berkenaan dengan
1/ Penggunaan pensel untuk penandaan di kertas undi di Ladang Sungai Gercang Div 2 dan di SJK (T) Cantuman Chaah.
2/ Kereta bersticker logo BN dikawasan 50m dari tempat undian Ladang Claire 1
3/ Pondok panas dihadapan pintu saluran pengundian di SK Desa Temu Jodoh.
4/ Pencalitan dakwat di seluruh jari di satu saluran di Dewan Serbaguna Chaah.
5/ Pengeluaran kertas undi tanpa dicop di gelanggang bola keranjang, Labis.
6/ Keengganan Ladang Achi Jaya untuk memberi kebenaran berkempen di Ladang Sungai Gerchang Div 2 dan Ladang Claire Div 1.
7/ Terputus bekalan letrik. selama lebih kurang 10 minit di SK.Seri Bali semasa pengiraan undi.
8/ Seorang pengundi telah memasuki saluran pengundian dengan berpakaian baju Parti IPF di Ladang Claire Div 1.
9/ Setiap pengundi di Ladang Sungai Gerchang Div 2 dan di Ladang Claire Div 1 telah di beri sehelai slip yang membawa logo BN untuk pengesanan nombor siri di senarai pengundi. Tanpa slip ini pihak SPR telah enggan memberi kertas undi kepada pengundi tersebut. Juga setiap pengundi telah diberi wang tunai semasa pemulangan slip tersebut di luar saluran itu.
Saya meragui kemenangan Datuk Chua Tee Yong.
Diharap pihak tuan dapat menyiasat segala tuduhan saya yang tercatat di atas dengan kadar segera

No comments:

Post a Comment