Tuesday, May 14, 2013

72 peratus guru di Kuwait perempuan



Manama: Golongan wanita adalah tiga per empat daripada jumlah guru di Kuwait, kata pegawai pendidikan, semalam.

“Golongan wanita mencatat kemajuan yang besar dalam bidang itu. Sebanyak 72 peratus daripada jumlah guru di sekolah awam, termasuk tadika adalah wanita,” kata Setiausaha Kementerian Pendidikan, Mariam Al-Wateed.


“Pada masa sama, 72 peratus daripada kakitangan kementerian ini juga wanita. Kami turut mengurangkan peratusan buta huruf di kalangan wanita di negara ini kepada 4.2 peratus,” katanya. -AFP

No comments:

Post a Comment