Manama: Seorang pegawai kanan tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, latihan membabitkan 41 negara di Teluk Parsi tidak menyasarkan Iran, sebaliknya menganggap aktiviti itu “benar-benar untuk pertahanan.”
Pemerintah Armada Kelima AS, John Miller berkata, latihan ketenteraan itu tidak bersifat provokatif dan difokuskan kepada “mengawal persekitaran maritim.” AS dan sekutunya memulakan fasa pertama latihan ketenteraan bersama di Teluk Parsi pada 6 Mei lalu.
Fasa kedua latihan itu berlangsung semalam dan hanya akan tamat dua minggu lagi. Dihoskan Armada Kelima AS di Bahrain, ia juga membabitkan tindak balas bagi kebocoran minyak, kawalan iringan kapal dan melindungi terminal luar pantai.
Ketiga-tiga fasa latihan itu membabitkan 35 kapal, 18 Kenderaan Bawah Air Tanpa Jurupandu (UUV) dan lebih 100 bahan letupan. - AFP
No comments:
Post a Comment