Tuesday, May 14, 2013

Rafsanjani tanding Presiden Iran



Akbar Hashemi Rafsanjani (tengah) melambai tangan kepada penyokongnya selepas mendaftar sebagai calon pada pilihan raya Presiden Iran di Teheran, kelmarin. - AFP
TEHERAN 12 Mei - Bekas Presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani semalam mendaftar sebagai calon pada saat-saat akhir pada Pilihan Raya Presiden negara ini, yang akan diadakan pada bulan depan.
Keputusan Rafsanjani, 78, itu bakal menyaksikan pertandingan sengit yang sebelum ini dilihat memihak kepada calon proulama, Ali Akhbar Velayati (gambar).
Semalam merupakan hari terakhir penamaan calon bagi Pilihan Raya Presiden Iran yang akan diadakan pada 14 Jun ini bagi menggantikan Presiden, Mahmoud Ahmadinejad.
Velayati yang merupakan bekas Menteri Luar Iran dan penasihat kepada pemimpin agung, Ayatollah Ali Khameneii mendaftar sebagai calon beberapa jam sebelum Rafsanjani.
Datuk Bandar Teheran, Mohammed Bagher Ghalibaf yang merupakan bekas ketua polis dan anggota parti konservatif, turut mendaftar pada saat-saat akhir sebagai calon pada pilihan raya itu.
Sekutu Ahmadinejad, Esfandiar Rahim Mashaei juga mendaftar sebagai calon.
Ulama-ulama kanan melihat Esfandiar sebagai seorang nasionalis yang mungkin mengurangkan peranan mereka dan nilai-nilai keislaman. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130513/lu_05/Rafsanjani-tanding-Presiden-Iran#ixzz2TDJiPXaQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment