Tuesday, August 19, 2014

Angka korban meningkat 2,000


Gaza: Angka kematian akibat kekejaman Zionis di Palestin meningkat melebihi 2,000 semalam berikutan ramai mangsa yang meninggal dunia kerana kecederaan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, seramai 2,016 rakyat Palestin terbunuh manakala 10,196 yang lain cedera.


Antara yang menjadi korban ialah 541 kanak-kanak, 250 wanita dan 95 lelaki.

Jumlah kematian yang berada pada angka 1,980 sebelum ini, meningkat secara mendadak selepas ramai mangsa menderita akibat kecederaan akhirnya meninggal dunia di hospital sekitar Gaza, Kaherah dan Baitulmaqdis.


Pasukan perubatan juga menerima satu lagi jenazah ditemui di sebalik runtuhan sebuah bangunan di daerah Shejaiya selepas tiga minggu kerja mencari dijalankan.

Dalam perkembangan lain, tentera Yahudi mengesahkan lima daripada 64 tentera yang terbunuh adalah akibat tertembak sesama sendiri.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/19

No comments:

Post a Comment