Segala puji-pujian hanya kepada Allah, Dewan Muslimat PAS Malaysia bersyukur berakhirnya kemelut yang melanda apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat yang bersejarah itu sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yb Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus menamatkan spekulasi dan menjawab segala persoalan rakyat di semua peringkat.
Jentera muslimat berdiri teguh serta wala' dan taat menerima setiap keputusan yang kami yakin berasaskan kebijaksanaan, musyawarah dan istikharah kepimpinan.
Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan islam itu menang dipenjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak kehadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah s.w.t.
Kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP disemua peringkat renungilah kata-kata Dato'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
"Bila disebut Kelantan bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu (hati) manusia. Kita mesti jaga qalbu (hati) manusia, kerana qalbu (hati) ini sengaja Allah s.w.t. ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu (hati) manusia, automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manuia dan aqidah manusia...."
Semoga kita istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan dalam platform demokrasi ini dan menjadi batu bata yang saling mengukuhkan.
Mesej khas kepada masyarakat, marilah kita sama- sama melihat konflik ini dari pandangan yang positif. Ianya berlaku untuk memilih kepimpinan berintegriti dan mampu memberi khidmat yang terbaik. Alhamdulillah, setakat ini Kerajaan Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah banyak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.
*Penulis adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

No comments:
Post a Comment